Sumber elektrik
Terdapat
pelbagai sumber yang dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Antaranya ialah kemagenatan, tindakan kimia dan cahaya.
A.
Kemagnetan sebagai sumber elektrik
Kemagnetan
digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan menggerakkan sebatang
magnet di dalam gegelung wayar, antara contoh ialah dinamo dan turbin.
Dinamo
Dinamo
terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu magnet kekal, Teras besi, dan
gegelung wayar. Gegelung wayar diperbuat daripada lilitan kuprum. Dinamo dikendalikan atas
perinsip aruhan magnet.
|
|
Rajah 1: Dinamo Basikal
Rajah
2: Bahagian dinamo Basikal
Turbin
Turbin
adalah sejenis alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air,
stim atau angin. Ia disambungkan kepada gandar yang disambungkan kepada
penjana yang akan berputar dan menghasilkankuasa elektrik.
|
Rajah 3: Turbin
B.
Tindakan kimia sebagai Sumber Elektrik
Tindakan
kimia juga boleh digunakan untuk menghasilkan arus elektrik
Sel
Kering
Voltan
yang dihasilkan oleh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt. Karbon yang berada di
tengah-tengah bertindak sebagai punca positif. Campuran ammonium klorida dan
mangan bertindak sebagai elektrolit. Dan bekas zink bertindak sebagai punca
negatif. Ia tidak boleh dicas semula
|
Sel Basah
Tenaga yang dihasilkan lebih tinggi daripada sel kering dan ia dapat
dicas semula. Sel basah seperti sel asid plumbum terdiri daripada plumbum
peroksida sebagai elektrod positif dan plumbum sebagai elektrod nagetif dan
asid sulfurik cari sbagai elektrolitnya
|
|
2.
Kegunaan Elektrik
Tenaga
elektrik digunakan di dalam alat-alat elektrik. Alat-alat elektrik ini dapat menukarkan
tenaga elektrik Kepada tenaga lain seperti tenaga cahaya, haba, kinetik dan
bunyi.
A.
Kegunaan elektrik untuk menghasilkan haba
Pekakas
elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan
elemen pemanas yang diperbuat dari aloi nikel dan kromium. Contoh, cerek,
periuk nasi dll
|
B.
Kegunaan elektrik untuk menghasilkan tenaga kinetik
Alat-alat
elektrik yang digunakan untuk menukrrkan tenaga
elektrik
kepada tenaga kinetik adalah seperti kipas angin, mesin basuh mesin gerudi
dll. Ini semua berasaskan motor elektrik.
|
C.
Kegunaan elektrik untuk menghasilkan Cahaya
Lampu
ialah alat elektrik yang dapat menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga
cahaya. Lampu pijar menggunakan filamen manakala lampu pendarflour
menggunakan gas argon dan merkuri untuk menghasilkan tenaga cahaya
|
.D. Kegunaan Elektrik
untuk menghasilkan Bunyi
Tenaga
elektrik boleh ditukarkan kepada tenaga bunyi.Perkakas yang digunakan untuk
menukarkan tenaga Elektrik kepada tenaga bunyi adalah seperti televisyen,
telefon, pembesar suara dan radio
|
No comments:
Post a Comment