Pengalir adalah bahan yang boleh membenarkan pengaliran arus
elektrik melaluinya dengan mudah. Biasanya, pengalir terdiri daripada logam.
Pengalir yang baik biasanya mempunyai elektron valensi kurang daripada 4
elektronnya. Contoh bahan pengalir
adalah seperti di Jadual 1.1.
Jadual 1.1:
Contoh Elemen Pengalir
|
Sumber: Basic
Electronics, (1987)
Daripada
Jadual 1.1, jelas menunjukkan bahawa pengalir yang baik seperti emas, perak dan
kuprum mempunyai elektron valensi +1 . Elektron valensi ini akan mudah
digerakkan atu dialirkan dari satu atom ke atom yang lain. Aliran arus dalam
suatu pengalir tidak dapat bergerak bebas disebabkan halangan daripada electron
dan atom-atom dalam pengalir tersebut. Halangan ini dikenali sebagai rintangan. Suatu bahan pengalir yang
mempunyai rintangan yang rendah adalah pengalir yang baik.
Rintangan pada pengalir bergantung
kepada empat faktor;
i) Panjang pengalir: Semakin panjang suatu
bahan pengalir, semakin tinggi rintangannya.
ii) Luas muka keratan Pengalir : Semakin
luas permukaan suatu bahan, semakin rendah rintangannya
iii) Jenis Bahan : Bahan yang berlainan
mempunyai rintangan yang berbeza
iv) Suhu : Kebiasaannya semakin tinggi suhu
bahan, semakin tinggi rintanganya
Penebat ialah bahan yang menghalang pengaliran arus elektrik
melaluinya. Penebat boleh dikelaskan sebagai unsur bukan logam. Biasanya penebat
mempunyai 8 elektron valensi. Ini menyebabkan atom tersebut stabil dan
elektronnya susah digerakkan atau dialirkan
dari orbit valensi. Keadaan ini menyebabkan penebat mempunyai rintangan
yang sangat tinggi dan ini menyebabkan arus elektrik tidak dapat mengalir
melaluinya. Penebat digunakan sebagai pelindung pengalir. Ini dapat mengelakkan
pengalir daripada memintas atau bersentuhan sesama sendiri. Contoh penebat
ialah kaca, mika, getah, seramik, plastik dan kayu.
Thanks
ReplyDelete