Semua
jirim terddiri dari atom. Rajah 9 dibawah menunjukkan struktur asas suatu atom.
Dibahagian tengah ialah nukleus dan
dikelilingi oleh elektron. Nukeus terdiri dari zarah-zarah yang dinamakan
proton dan neutron. Proton bercas positif
manakla neutron tidak bercas. Kedua-dua zarah ini sentiasa kekal pada
kedudukannya.
Struktur
Asas Atom
Atom
mempunyai electron yang sentiasa bergerak mengelilingi nucleus dalam orbit atau
shell. Elektron membawa cas negative
dan beratnya ialah 1/1840 berat proton. Bilangan proton bergantung kepada jenis
atom, misalnya karbon mempunyai 6 elektron, kuprum mengandungi 29 elektron dan sebaginya. Dalam keadaan biasa bilangan
elektron sesuatu atom adalah sama dengan bilangan proton.
Atom
mempunyai orbit berlapis. Setiap orbit mempunyai bilangan elektron dan paras
tenaga tertentu. Orbit paling luar sekali dikenali sebagi orbit valensi.
Elektron pada orbit valensi dikenali sebagai elektron valensi. Bilangan
maksimun yang boleh ditampung oleh setiap orbit ditentukan dengan menggunakan
formula 2n2, dimana n mewakili nombor orbit mengikut keduudkan
nukleus. Bagi memudahkan penentuan bilangan elektron, orbit ditandakan dengan
huruf K,L,M,N dan seterusnya.
Elektron
akan bergerak mengelilingi nuklues dalam orbitnya. Elektron-elektron ini kekal
beredar dalam orbitnya kerana kesan daya tarikan di antara proto dengan
elektron. Elektron yang berada hampir dengan nukleus lebih kuat ikatannya Ianya
sukar untuk dikeluarkan dari orbitnya berbanding elektron yang berada jauh dari
nukleus. Oleh itu jika elektron pada orbit valensi dikenakan dengan tenaga luar
maka ia akan keluar dari orbitnya dan menjadi elektron bebas. Terdapat beberapa
cara untuk mengeluarkan elektron valensi dari orbitnya. Antaranya ialah
tindakan haba, aruhan magnet, kimia, cahaya, tekanan dan elektrik.
Bilangan
elektron valensi sesuatu atom menentukan ciri bahan atom itu.
Elektron
Valensi
|
Bahan
|
Unsur
|
1,2 dan 3
|
Pengalir
|
|
4
|
Separa pengalir
|
Karbon, Silikon, Germanium
|
2,6 atau 7
|
Penebat
|
Posferus, sulfur
|
Jadual
1: Kategori Bahan berdasarkan Bilangan elektron Valensi
Jika
dua objek yang berlainan cas dihampirkan,objek tersebut akan menarik antara
satu sama lain. Sebaliknya, jika dua objek mempunyai cas yang sama ianya akan
menolak antara satu sama lain. Ini dikenali sebagai Hukum cas elektrik dan
menajdi asas dalam memahami bagaimana aliran arus elektrik terjadi.
No comments:
Post a Comment